insannya luar biasa..makhluk yg sukar utk diduga tindak tanduknya...perangainye x mcm manusia biasanya lain..tp atinye x sekejam seperti sestengah manusia yg ada lg dunia ini..ape2 pun enjoy berkenalan pada awk2 semua...hu3x...smile n cheer up...may allah guide all of us...
Sunday, April 26, 2009
DR HM Tuah Iskandar
Wahai hati yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang kita sebenarnya telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meski pun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui. Ada masanya kita terpaksa melepaskan peluang yang lalu di depan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka. Kadang kala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk jadi realiti. Kasih sayang bukan sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan.¿
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment