Tuesday, February 24, 2009

kasih ibu membawa kesyurga.. kasih abah takdok tolok bandingnya

kasih ibu membawa kesyurga..kasih abah takdok tolok bandingnya

korang rasa betul x kata2 nie...

Tuesday, February 17, 2009

permainan yg menarik....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.



Ceria-ceria selalu :)

Sunday, February 15, 2009

budaya asal sedap mkan sememang nyer sedap

Budaya asal sedap
Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my

ADA yang berasa sarapannya tidak lengkap tanpa hidangan nasi lemak.
Ada juga yang hanya terbuka selera apabila roti canai atau roti 'banjir' di depan mata.

ADA yang berasa sarapannya tidak lengkap tanpa hidangan nasi lemak.

Ada juga yang hanya terbuka selera apabila roti canai atau roti 'banjir' di depan mata.

Tidak kurang yang berasa hidupnya lebih ceria dengan hanya menjamah burger dan kentang goreng.

Mahu diakui atau tidak, kebanyakan makanan kegemaran rakyat negara ini boleh dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai kandungan khasiat tidak seimbang.


Tetapi tidak ramai yang mengendahkan kandungan kalori makanan kegemaran mereka asalkan ia mampu memuaskan keinginan masing-masing atau lebih tepat dipanggil budaya asal sedap.

"Makanan kegemaran ini biasanya mengandungi kandungan kalori dan lemak yang tinggi manakala kandungan serat daripada sayur-sayuran pula sangat kurang.

"Bayangkan sebungkus nasi lemak berserta telur goreng, ikan bilis dan sambal saja sudah mencecah hampir 500 kalori. Itu belum ditambah lauk-pauk lain seperti ayam rendang, ayam goreng, sambal sotong atau sambal udang.

"Timun dalam sajian nasi lemak pula tidak seberapa yang biasanya hanya ada beberapa keping sedangkan satu sajian sayuran disarankan pengambilannya sebanyak satu cawan sayuran segar atau setengah cawan sayuran masak," kata Pakar Pemakanan Kanan Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan (WMIC), Premila Muthukumaran.

Jika tergerak hati untuk bersenam bagi menghapuskan sejumlah 500 kalori itu pula berlari setengah jam pun tidak memadai kerana ia memerlukan seseorang itu untuk berjoging lebih satu jam bagi mengurangkan jumlah kalori berkenaan.

Sekeping roti canai kosong pula sudah menjangkau 300 kalori dengan kandungan 31 peratus lemak. Itu belum roti 'banjir' yang mempunyai kalori lebih tinggi.

"Roti canai memang mengenyangkan apatah lagi ia murah. Untuk penggemar roti pisang, ia juga tidak begitu menyihatkan walaupun rasanya enak.

"Tambahan pisang saja boleh mencecah 80 kalori. Berserta tambahan gula atau susu pekat, sekeping roti pisang boleh menjangkau sehingga 400 kalori. Capati lebih berkhasiat, tetapi apabila membuat pesanan, mintalah capati tanpa sapuan minyak sapi," katanya ketika ditemui di pejabat WMIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Lambakan kalori dalam makanan berkenaan mungkin menakutkan namun, menurutnya, pengubahsuaian terhadap makanan boleh dilakukan untuk mengurangkan kandungan kurang menyihatkan terutama bagi mereka yang mementingkan pemakanan seimbang.

Beliau tidak menafikan lebih mudah melakukan pengubahsuaian makanan jika memasak sendiri, tetapi ia tetap boleh dilakukan sewaktu makan di luar.

"Roti canai misalnya, jika biasa makan dua keping, tidak salah jika mengurangkannya kepada sekeping saja. Selain itu, lebih bijak jika kekerapan pengambilan makanan ini dikurangkan dalam diet seharian," katanya.

Makanan segera yang ramai penggemarnya, malah penghantarannya boleh dilakukan ke pejabat atau rumah, juga seakan sudah sebati dengan masyarakat kini.

"Mengehadkan pengambilannya antara cara yang baik di samping beberapa kaedah lain. Contohnya, pilih saiz hidangan kecil (bermakna kurang kalori) berbanding hidangan bersaiz besar dan tidak salah memilih hidangan kanak-kanak yang bersaiz kecil.

"Ada kajian saintifik melaporkan, jika seseorang itu diberi banyak makanan sekalipun, ia tetap habis, tetapi jika diberi kuantiti makanan yang sedikit, ia tetap mencukupi," katanya.

Ayam goreng yang sering menjadi pilihan di restoran makanan segera boleh dimakan dengan membuang kulitnya manakala pilihan ayam yang dipanggang lebih digalakkan.

Hidangan yang mengandungi lebihan keju pula boleh dielakkan, begitu juga dengan minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

"Kentang goreng dan nuget cukup digemari kanak-kanak serta orang dewasa kerana ia dianggap makanan yang begitu ringkas. Ramai juga yang menjadikannya sajian ringan di rumah sedangkan 50 peratus kandungan makanan itu terdiri daripada lemak.

"Memang sukar menghalang pengambilan makanan sebegini kerana rata-rata, tiada siapa menyatakan ia tidak elok untuk kesihatan apatah lagi ia mudah didapati. Tetapi atas kesedaran masing-masing, pengambilannya boleh dikurangkan untuk manfaat kesihatan jangka panjang," katanya.

Santan memang tidak dapat dipisahkan daripada makanan orang Asia, malah ada yang beranggapan makanan jadi hambar jika tidak bersantan.

Apa sekalipun yang diperkatakan mengenai kandungan santan yang kurang menyihatkan, memang sukar untuk mengurangkan apatah lagi menggantikan ramuan ini.

"Santan kelapa perahan pertama yang pekat memang tinggi kalori dengan lemak setinggi 90 peratus. Jika perlu menggunakan santan, pastikan perahan kedua dicairkan dan kemudian dipekatkan semula menggunakan susu rendah lemak.

"Selain itu, lebihkan bahan seperti daun pandan, serai, halia dan bawang untuk meningkatkan bau masakan kerana rata-rata, santan menjadi pilihan kerana aromanya," katanya.

Pilihan susu untuk menggantikan santan termasuk susu penuh krim, separa skim (susu tanpa lemak) atau skim. Susu tanpa lemak antara pilihan sangat sesuai kerana ia rata-rata mengandungi lima peratus lemak berbanding susu penuh krim yang mencapai 35 peratus lemak untuk kandungan serupa.

Untuk mereka yang inginkan nasihat pemakanan lanjut, WMIC menyediakan laman web yang boleh dilayari di www.weightmanagement.org.my.

Berikut antara kandungan kalori dan lemak dalam beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia:

# Nasi lemak (210 gram berserta nasi dengan santan, telur goreng, ikan bilis dan sambal) - 494 kalori

# Roti canai (95 gram) - 301 kalori, 31 peratus lemak

# Mi kari (410 gram) - 529 kalori, 63 peratus lemak

# Laksa lemak (540 gram) - 591 kalori, 54 peratus lemak

# Nasi ayam tanpa lauk (230 gram) - 278 kalori, 10 peratus lemak

# Mi goreng (325 gram) - 598 kalori, 44 peratus lemak

# Kuetiau goreng (170 gram) - 312 kalori, 43 peratus lemak

# Kentang goreng (349 gram) - 1,124 kalori, 50 peratus lemak

# Burger daging (194 gram) - 496 kalori, 32 peratus lemak

mabuk laut

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

PERNAHKAH anda tiba-tiba terasa persekitaran anda seperti berpusing, hilang keseimbangan, terasa pening dan seolah-olah hampir pitam? Atau anda mengalami gejala ‘mabuk laut’ tanpa sebab? Meskipun perkara ini berlaku hanya seketika, ia boleh menjejaskan kerja harian anda.

Ini yang terjadi kepada seorang teman ketika dalam perjalanan balik ke pejabat selepas temujanji dengan pelanggan.

Katanya, ia berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada pemanduan dan terpaksa memberhentikan kereta serta menyebabkan sedikit kesesakan jalan raya.

Menurut Perunding Bedah Telinga Hidung Tekak, Leher dan Kepala; Hospital Sungai Buloh, Dr Balachandran Appoo, apa yang berlaku kepada teman penulis ini dipanggil vertigo, iaitu keadaan apabila seseorang hilang keseimbangan dan merasakan dunia di sekelilingnya berpusing.


Bagi yang tidak pernah mengalami perkara ini, tentu ketika kecil anda pernah menyertai permainan di mana mata anda ditutup dan badan dipusingkan beberapa kali. Apabila berhenti dan penutup mata dibuka, anda berasa pening dan seperti hendak jatuh. Keadaan inilah yang dipanggil vertigo.

Vertigo adalah perkara yang boleh dikatakan lazim dan berlaku pada dua hingga tiga peratus penduduk. Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ramai tidak tahu atau tidak pernah mendengar mengenai masalah ini.

Dr Balachandran berkata, kini kes vertigo semakin meningkat disebabkan gaya hidup moden. Namun tidak ramai yang datang mendapatkan nasihat atau bantuan doktor kerana bimbang gejala itu menandakan penyakit lain seperti kanser. Bagi yang tahu pula enggan mendapatkan rawatan.

Siapa yang boleh mendapat vertigo? Sesiapa saja. Semua orang boleh mengalami vertigo, termasuk kanak-kanak. Vertigo berlaku apabila kita hilang keseimbangan. Keseimbangan kita dikawal oleh tiga komponen iaitu:

# Penglihatan (70 peratus) — Untuk keseimbangan, kita akan memfokuskan penglihatan pada satu objek. Ini yang biasanya dilakukan apabila kita ada di laut yang luas terbentang. Untuk mengelak mabuk laut, kita mencari satu objek sebagai titik fokus pandangan.

Anda juga mungkin pernah mendengar rakan atau ahli keluarga yang rabun mengadu pening kepala apabila tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh. Ini berlaku kerana mata mereka tidak dapat fokus pada satu-satu objek dengan baik dan semua yang dilihat kelihatan kabur. Lama kelamaan dia berasa pening akibat hilang keseimbangan.

# Sensasi sendi (15 peratus) — Apabila kita menutup mata atau berjalan dalam gelap, kita menggunakan deria sentuh dan sendi sebagai ‘alat’ untuk menseimbangkan badan.

# Telinga dalam (15 peratus) — Walaupun sangat kecil, telinga dalam memainkan fungsi penting untuk memastikan keseimbangan badan. Sebarang halangan, trauma atau jangkitan pada telinga dalam boleh menjejaskan keseimbangan. Telinga dalam membolehkan badan mengesan posisi dan mengekalkan keseimbangan.

“Vertigo tidak sama dengan pening kerana vertigo merujuk kepada pergerakan persekitaran ilusi (bukan benar-benar berlaku) dan biasanya ia hanya seketika. Pening bukan vertigo tetapi apabila seseorang mengalami vertigo, dia boleh berasa pening.

“Pitam juga bukan vertigo tetapi individu yang mengalami vertigo kadangkala boleh pitam. Biasanya apabila vertigo berlaku, seseorang itu berasa sangat tidak selesa, mual dan kadangkala boleh muntah,” katanya.

Banyak perkara boleh menyebabkan vertigo, antaranya:

# Penglihatan terjejas

# Masalah telinga

# Perubahan suhu secara mendadak pada telinga (peningkatan atau penurunan suhu sebanyak empat darjah Celsius boleh menyebabkan vertigo). Ia boleh berlaku jika doktor mahu membersihkan telinga seseorang dan menyemburkan air sejuk pada sebelah telinga. Untuk mengelak pesakit mengalami vertigo, kini doktor menggunakan air pada suhu badan (37° Celsius).

# Trauma akut, sama ada getaran atau bunyi yang terlalu kuat sehingga menggegarkan telinga. Perkara sama sebenarnya berlaku apabila seseorang mengalami ‘mabuk laut’ atau ‘mabuk pergerakan’ ketika menaiki bot atau kenderaan. Ia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai telinga tengah yang sensitif terhadap pergerakan beralun, bergerak dan berhenti secara mendadak.

# Jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan bengkak pada membran (selaput) telinga dalam. Masalah ini boleh mengakibatkan seseorang hilang keseimbangan dan biasanya jangkitan ini mengambil masa untuk sembuh.

# Gegendang telinga tercedera atau terkoyak.

# Kesan sampingan sesetengah jenis ubat.

# Pengambilan alkohol yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan vertigo sementara.

# Penyakit seperti kanser atau ketumbuhan pada otak juga boleh membuatkan seseorang mengalami vertigo. Secara umumnya kanser dan ketumbuhan otak tidak menyebabkan vertigo, tetapi pesakit boleh hilang keseimbangan jika berlaku pendarahan secara tiba-tiba.

# Sejarah keluarga. Dianggarkan kira-kira 15 peratus individu yang mengalami vertigo mempunyai sejarah keluarga mendapat gangguan ini.

# Penyakit Meniere iaitu gangguan pada telinga dalam yang menyebabkan seseorang mengalami beberapa episod vertigo. Penyakit ini boleh disebabkan jangkitan virus, kecederaan atau alahan. Namun dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.

# Idiopatik iaitu puncanya tidak diketahui. Contohnya ialah vertigo posisi paroksimal benigna (BPPV). BPPV ialah vertigo paling lazim disebabkan perubahan kedudukan (posisi) kepala. Biasanya ia berlaku apabila seseorang baring, bangun, mengubah kedudukan di atas katil atau mendongakkan kepala. Bagaimanapun, vertigo jenis ini tidak berbahaya dan hanya seketika iaitu kurang daripada satu minit.



Gejala

Dr Balachandaran berkata, serangan vertigo pada setiap orang tidak sama. Ada yang sekejap saja dan apa pula yang berlanjutan sehingga beberapa minit atau jam. Gejala dialami mungkin berbeza mengikut punca vertigo. Namun secara umumnya seseorang itu boleh mengalami:

# Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing

# Tidak selesa dan tidak berdaya

# Pening, mual dan boleh muntah

# Pitam

# Berpeluh

# Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

# Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

Individu ini boleh mengalami satu atau beberapa episod vertigo yang berlarutan dari beberapa minit ke beberapa jam.

# Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.



Apa perlu dilakukan?

Pengetahuan mengenai vertigo sangat penting. Oleh kerana ia membabitkan masalah atau gangguan pada keseimbangan, anda perlu berhenti segera apa yang sedang dilakukan.

Ini sangat penting, terutama jika memandu atau mengendalikan mesin, kerana ia bukan saja boleh membahayakan nyawa anda, bahkan orang lain.

Berhenti dan cepat-cepat berehat. Biasanya serangan vertigo hilang selepas anda berehat. Bagaimanapun, Dr Balachandran mengingatkan supaya anda tidak menyambung pekerjaan sejurus selepas berasa lebih baik kerana ia adalah tindakan berbahaya.

“Dalam kebanyakan kes, vertigo akan hilang dengan berehat tetapi apabila bergerak, anda akan mengalami rasa pening dan berasa tidak stabil. Ini sebabnya jika anda memandu, minta kawan menggantikan tempat anda. Lebih baik jika dapat berehat (berhenti) lebih lama sehingga anda berasa lebih baik untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Jika anda mengalami vertigo, antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah mengingati semua perkara ketika kejadian seperti:

# Apa yang menyebabkan ia terjadi?

# Apa yang membuatkan anda berasa lebih baik?

# Berapa lama serangan berlaku?

# Adakah ia berulang atau hanya sekali saja?

# Adakah anda juga mendengar deringan pada sebelah telinga, telinga berasa ‘penuh’ atau pendengaran terjejas?

Jika serangan vertigo tidak berhenti, pesakit dinasihatkan supaya segera ke hospital kerana ia akan membuatkan mereka tidak berdaya dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila di hospital, pesakit akan disuruh berehat secukupnya dan berbaring dalam keadaan selesa mengikut keadaan mereka ketika itu.

Jururawat atau doktor tidak seharusnya cuba mengubah posisi pesakit, terutama kepala, kerana ia hanya membuatkan pesakit lebih ‘terseksa’. Pesakit dibiarkan berehat dalam keadaan selesa supaya mereka berasa ‘selamat’. Pada ketika ini pesakit perlu ditemani dan tidak ditinggalkan sendirian kerana ada kemungkinan mereka akan jatuh apabila cuba bangun.

“Hanya selepas itu iaitu apabila pesakit mendapat cukup rehat dan stabil, baru doktor membuat analisis terhadap masalah vertigo mereka. Selain diberi ubat, pesakit juga secara perlahan-lahan digerakkan dengan bantuan pakar fisioterapi. Mereka juga diajar teknik senaman dipanggil rehabilitasi vestibular yang dapat mengurangkan gejala vertigo.

“Antara senaman yang boleh dilakukan ialah dengan duduk tegak dan melihat objek jauh, diikuti objek dekat berulang ulang secara perlahan-lahan. Cara lain ialah melihat objek di sebelah kiri, berpindah ke objek di depan dan ke kanan. Senaman ini boleh membantu pesakit berasa lebih stabil dan mengembalikan keseimbangan mereka,” katanya.



Bila perlu berjumpa doktor?/b>

Apabila anda mengalami vertigo, minta bantuan kawan atau ahli keluarga membawa anda berjumpa doktor. Walaupun dalam kebanyakan kes vertigo akan hilang dalam tempoh singkat, lebih baik anda berjumpa doktor untuk lebih memahami masalah ini dan belajar apa perlu dilakukan jika ia berulang.

Namun anda perlu segera dibawa berjumpa doktor jika:

# Sakit kepala

# Objek yang dilihat kelihatan berganda

# Lemah

# Sukar bercakap

# Pergerakan mata yang tidak normal

# Sukar berjalan atau mengawal tangan dan kaki

Oleh kerana mabuk perjalanan juga boleh menyebabkan vertigo, beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya:

# Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

# Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

# Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

# Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

# Jangan membaca dalam kenderaan.

# Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

# Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

# Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

# Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

# Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.



Rawatan dan penjagaan

Beberapa ubat digunakan untuk mengatasi serangan vertigo; bergantung kepada punca masalah. Ubat ini untuk memberi ‘khasiat’ kepada telinga dalam dan menstabilkan saraf.

Bagaimanapun, ubat ini perlu diambil untuk satu jangka masa panjang kerana sekali seseorang itu mendapat serangan vertigo, risiko mengalaminya lagi sentiasa ada.

Pada masa sama, individu yang pernah mengalami serangan vertigo perlu mengubah gaya hidup dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, mengawal penyakit (jika menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi) dan kerap melakukan senaman mengikut keupayaan masing-masing.

Namun paling penting ialah mengelak terbabit dalam senaman atau aktiviti agresif dan lasak.

Malah, individu yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi (seperti pemandu, pengendali mesin di kilang) juga disaran sentiasa berhati-hati dan peka pada perubahan diri sendiri.



>Gejala

> Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing

> Tidak selesa dan tidak berdaya

> Pening, mual dan boleh muntah

> Pitam

> Berpeluh

> Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

> Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

> Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.



>Elak vertigo

> Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

> Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

> Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

> Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

> Jangan membaca dalam kenderaan.

> Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

> Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

> Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

> Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

> Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.

hukum buang bulu kaki bg perempuan

petikan dr surat khbar harian metro

link:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20090215110903/Article/indexp_html

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada:

Pengelola Mimbar, Metro Ahad, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: mimbar@hmetro.com.my


SAYA keliru dengan percanggahan pendapat mengenai perbuatan seseorang perempuan yang belum berkahwin membuang bulu kaki, tangan dan atas bibir (menggunakan sistem laser) atas keinginan dan kepuasan hati, tetapi bukan niat untuk menunjuk kerana dia menutup aurat bila keluar rumah. Apakah pandangan Datuk dalam hal ini? Apakah hukumnya?


LIN
Petaling Jaya



Persoalan mengenai perhiasan wanita sudah dikupas dengan jelas dalam ensiklopedia hukum wanita yang ditulis oleh Abdul Karim Zaidan.

Wanita yang berkahwin lebih luas skop perhiasannya yang mana jika dilakukan dengan niat untuk suami, ia menjadi harus.

Bagi seorang gadis, sesuatu hukum itu berdasarkan juga pada niat dia melakukannya dan tidak boleh sampai membawa kepada penipuan dan pemalsuan dirinya yang sebenar.

Semua ini bagi memelihara daripada berlaku penipuan bagi lelaki yang ingin meminang.

Hukum memakai hiasan adalah harus, kecuali jika ada nas yang mengharamkan berdasarkan firman Allah dalam surah al-Akraf, ayat 32 yang bermaksud: “Katakan siapa yang mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hambanya.”

Seorang wanita juga pada asalnya tidak berbulu pada bibir dan kawasan lain yang disebut tadi.

Oleh itu jika dia membuangnya kerana khuatir menyerupai lelaki atau demi menjaga kecantikan kerana Allah itu cantik dan suka pada yang cantik tanpa ada rasa ingin riak dan menunjukkan kecantikannya, ia tidak salah.

Friday, February 13, 2009

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang bad an yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.


Moga ada manfaat,

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah
www.iLuvislam.com
aisha althafunnisa
Editor: deynarashid

Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.


Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol

Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol
www.iLuvIslam.com
* Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan Hasanah Abd. Khafidz
editor : IskethaykaL




Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...



*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com

Sunday, February 8, 2009

Teka teki teka tekuk

1. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

2. Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

3. Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la

niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

4. Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

5. Kereta dengan motor, mana lebih tua?

jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

6. Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?

jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

7. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…

huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

8. kasut apa yang paling keras?

Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

jawapannya ialah meter bas tulah

10. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????

jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

11. Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?

orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

12. Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?…kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..

jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak…hehehhe mesti dapat sorang sebiji

13. benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish…ish…

14. KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

15. cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?

jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

16. Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………

Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

17. Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari

lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

18. Hidupan apa didalam laut paling tua.

jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha–ha–ha–ha–

19. Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri…….?

jawapannye tapak kaki la……

20. Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu…

jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

21. ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?

JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

22. APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?

HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi
sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda
akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah
anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Minggu ini disiarkan
beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian seorang lelaki berdasarkan
bulan kelahirannya. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan
panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda
boleh memperbaiki diri anda.


Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk
matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal.
Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia
berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia
juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di
dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya
merasa bertuah.
Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap
cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya
sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan
keselesaan padanya setelah penat bekerja.


Virgo (24 Ogos - 23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar,
bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih
tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang
mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu
mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta.
Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus
terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan
yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai
kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar
untuk mengakui kesilapan diri sendiri.


Libra (24 September - 23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan
sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan
seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya
kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti
22
mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya
terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati.
Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya,
ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai.
Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia
kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik
padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah
beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat
dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau
perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang
dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.


Scorpio (24 Oktober - 22 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana.
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama
ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan
berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan.
Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat
menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan
berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas
dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam
perhubungan.


Sagitarius (23 November - 22 Disember)
Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoyafoya.
Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan
seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang
menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan
longgar.
Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam
perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula
jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.


Capricorn (23 Disember -20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu
berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya.
Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan
akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahuntahun.
Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan
cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi
23
tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai
kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta,
dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi
kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan
konservetif.


Aquarius (21 Januari - 19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia
agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia
suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.
Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk
dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak
mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka
terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza
dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.


Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi
zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh
berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati
tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya
mengelakkannya.
Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan
mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang
keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar
dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana
kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia
adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta
menghiburkan.


Aries (21 Mac - 20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia
seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia
lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain
menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi
agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan
dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya
cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia
merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.
Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila
telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
24


Taurus (21 April - 20 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis.
Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli
muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia
kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya
untuk menarik hati wanita.
Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke
manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan,
begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil
risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan
perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang
tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan
hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya
menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia
tidak begitu minat dengan idea orang lain.


Gemini (21 Mei - 21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia
seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan
yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang
memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka
wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan
cantik menjadi keutamaanya.
Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh
kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila
jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya
yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.
25

Untuk gadis-gadis yang nak sihat

Untuk gadis-gadis yang nak sihat


1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.



4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin.. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wan ita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab " Wan ita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

Adab Dan Etika Terhadap Haiwan

Adab Dan Etika Terhadap Haiwan
Muslim yang sejati akan menganggap bahawa semua haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai hak untuk hidup aman di muka bumi. Makhluk ini dihormati dan disayangi semata-mata kasih sayang Allah SWT kepadanya. Berpaksikan ajaran Islam yang syumul, telah digariskan beberapa adab dan etika terhadap haiwan.

1* Memberi makan dan minum, jika haiwan tersebut lapar dan haus

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. “Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.
(Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” “Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu.
Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya." Sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?" Baginda menjawab: "Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya)"(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit." (Riwayat Thabrani dan Al-Hakim)

Di dalam hadith lain daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW (sabdanya):
"Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)

2* Menyayanginya dan dan berbelas kasih kepada haiwan

Ketika Rasulullah SAW melihat orang-orang menjadikan burung sebagai sasaran anak panah, beliau bersabda: "Allah melaknat siapa sahaja yang menjadikan sesuatu sebagai sasaran." (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih)

Rasulullah SAW melarang menahan haiwan untuk dibunuh dengan sabda Baginda:
"Barangsiapa yang menyakiti ini (burung) dengan anaknya; kembalikan anaknya padanya." (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda sebagaimana kedua hadith di atas kerana melihat burung terbang mencari anak-anaknya yang diambil oleh salah seorang sahabat dari sarangnya.

3* Jika ingin menyembelihnya atau membunuhnya, maka lakukannya dengan baik

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada segala hal. Oleh kerana itu, jika kalian membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika kalian menyembelih, maka sembelihlah dengan baik. Hendaklah salah seorang dari kalian menenangkan haiwan yang akan disembelihnya, dan menajamkan pisaunya." (Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, dan Ahmad)

4* Tidak menyiksanya dengan apa cara sekalipun

Rasulullah SAW bersabda: "Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah. (Riwayat Bukhari)

Di dalam hadith yang kedua:
Rasulullah SAW berjalan melewati rumah semut yang terbakar, kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya siapa pun tidak pantas menyiksa dengan api, kecuali pemilik api itu sendiri (Allah)." (Riwayat Abu Daud)

5* Diperbolehkan membunuh haiwan-haiwan yang membahayakan nyawa

Sabda Rasulullah SAW: "Ada lima haiwan membahayakan yang boleh dibunuh di tempat yang halal dan haram, iaitu ular, burung gaaak yang berwarna berbelang-belang, tikus, anjing yang suka menggigit, dan burung hudaya (sejenis rajawali)." (Riwayat Muslim)

6* Diperbolehkan mengecap telinga hewan untuk kemaslahatan

Rasulullah SAW mengecap unta zakat dengan tangannya yang suci.

Sedang pemberian cap kepada selain unta, kambing, dan lembu, maka tidak dibolehkan, kerana Rasulullah SAW bersabda ketika melihat keledai dicap:

"Allah melaknat oarng yang mencap keledai ini di wajahnya." (Riwayat Muslim)

7* Mengetahui hak Allah SWT dengan mengeluarkan zakat haiwan untuk tersebut, jika haiwan tersebut termasuk sebagai haiwan yang harus dizakati

8* Kesibukan dengannya tidak menjadikan kita lalai terhadap Allah SWT

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingati Allah." (Al-Munafiqun: 9)

Rasulullah SAW bersabda tentang kuda: "Kuda terbahagi kepada tiga jenis, seseorang mendapat pahala (kerananya), seseorang yang mendapat pakaian (kerananya), dan seseorang mendapat dosa (kerananya). Adapun orang yang mendapat pahala kerana kuda ialah orang yang mengikatnya di jalan Allah, dan memperpanjangkan talinya di tanah lapang, atau di padang rumput. Maka apa sahaja yang terjadi pada kuda tersebut di tanah lapang atau padang rumput, maka orang tersebut mendapat kebaikan-kebaikan. Jika orang tersebut memutus talinya, kemudian kuda tersebut berjalan cepat satu langkah, atau dua langkah, maka jejak-jejaknya, kotoran-kotorannya adalah kebaikan-kebaikan baginya, serta kuda tersebut bagi orang tersebut adalah pahala. Orang yang mengikatnya kerana ingin memperkayakan diri, namun ia tidak lupa hak Allah di leher, dan tulang punggung kudanya, maka kuda tersebut pakaian untuknya. Sedang orang yang mengikatnya untuk sombong, riya', dan permusuhan, maka kuda tersebut adalah dosa baginya." (Riwayat Bukhari)

Lawak Pendek:suami setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

lawak pendek: mimpi sang isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Lawak pendek:kentut yg tak boleh ditahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"

Lawak pendek:kentut yg tak boleh ditahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"

Fakta atau Auta? Kenapa Gadis melayu sasaran kene rasuk

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....

Sunday, February 1, 2009

Mandi wajib yg betul

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...